Sunday, February 27, 2011

PADAN MUKA!!


aku x reti manage time
and skarang padan muka aku!
too many works and assignments with too little time to finish all of em
this is just what i needed
again..PADAN MUKA!!


Thursday, February 24, 2011

Another Glorious Night~


semalam aku ke SSA lg..kali ini utk berjuang bersama2 Harimau Malaya utk menentang Pakistan
btolak dari melaka tepat jam 430 ptg dan tiba di perkarangan stadium jam 630 ptg
berkumpul bersama ultras2 negeri lain sebelum bgerak masuk ke stadium
oh ya..aku ke sana dgn kereta si hafidz dan bersama2 kami ialah rizal dan huzir
aku ditugaskn utk bwk masuk drum yg kecik..nk pikul yg besa2..mmg pth tulang aku..haha
lepas amek tempat..sesi memanaskn kerongkong bermula..
kali ini..area Gate 15 yg diduduki UM dilihat berlaku penambahan dari segi ahli
Lekir selaku capo turut menjemput mana2 penonton biasa yg ingin menyertai UM
alhamdulillah..dpt sambutan yg menggalakkan
mungkin pertambahan bilangan kali ni juga disebabkn kehadiran SSU (Silver State Ultras) yg sbelum ini tidak hadir sewaktu perlawanan menentang Hong Kong
slesai masing2 mengambil tempat..dah rapat2kan saf..maka kami mulalah berchanting
jam di scoreboard baru menunjukkan perlawanan berlangsung 3minit di kala SSA bergegar dgn sorakan lantang penyokong Malaysia
ramai di kalangan ahli ultras yg terpinga2 bila tdengarkan sorakan tsebut (maklum laa..kami ni da biasa chant je memanjang..bile masa tgk bola pon xtau)
alhamdulillah..Malaysia bjaya membuka jaringan hasil Wan Zaharulnizam..bile tgk kat utube..baru prasan cntik gol tu..haha
kami teruskan nyanyian kami mcm biasa..smpai la abes game..oh ya..gol kedua dijaringkan ol
eh Irfan Fazali - minit ke 48
lupa plak nk cerita insiden Lekir sentap..
tgh2 chant..tibe2 die mgamuk..igtkn sbb ape..pusing2 blakang..tgk ade sorg mamat pkai bj mlysia tgh pgang mafla vietnam..no wonder la mamat tu ngamuk..
mafla tsebut dirampas..dan dibuang + diludah oleh senior UM
mamat tbabit rasanye beredar disebabkn perasaan bersalah..
kesian jgk kat die..maybe die nk wat lawak..tp x kena tmpat la bro..kalo ko kat area/gate lain..bleh la wat mcm tu..tp bukan kat gate 15..
match slesai hampir jam 11..dan kami (dak2 UTS) ambik keputusan utk trus bgerak balik (memandangkan esok ade klas & keje) dan tidak dpt bsama2 UltraSel dan yg lain2 utk lepak..
kami berhenti mkn di RnR seremban dan tiba di mlaka hampir jam 2..
maka..berakhirlah sebuah lagi perjalananku demi Harimau Malaya dan tanahairku..alhamdulillah..smuanya berbaloi
buat ank2 buah Ong Kim Swee..do ur best in Pakistan..pastikan kita mara jauh dan kalo bleh..smpai ke London 2012 nnt..InsyaAllah~


HIDUP MATIKU MALAYSIA!

Monday, February 21, 2011

My New Family in Melaka






inilah keluarga baruku di negeri hang tuah ini
walaupun baru sbulan bersama mereka..dah terlalu byk kenangan indah yg aku dpt
keluarga kami x besar (lbih kurg 15 org sahaja)
tapi kami tetap bersama..walau apa pon jd..
kami tetap bdiri teguh bersama ketua kami..abang Lekir
terima kasih buat beliau kerana berjaya menubuhkan keluarga kecil ini
moga akan trus bkembang menjadi keluarga yg besar dan dihormati
oh ya..kami semua bernaung di bawah satu nama

~ULTRAS TAMING SARI~

Saturday, February 12, 2011

Malaysiaku gah di SSA


rabu lalu aku ke Stadium Shah Alam (SSA) utk pertama kalinya
tlebih dahulu ingin memohon maaf kerana post ini tidak mempunyai gambar utk dipamerkan
sbb trip aku kali ni bukan bertujuan utk bergambar
rabu merupakan hari yg memenatkan (Sangat!)
bgun pagi semata2 utk menghantar surat2 jemputan event aku (public speaking) ke kolej/universiti di sekitar melaka
kemudian bkejar ke kelas pula
tp before ke kelas..singgah dlu di Melaka Sentral untuk tgk2 tiket ke shah alam ptg rabu tu
alhamdulillah..ade tiket ke sana jam 430 ptg
jd aku buat keputusan utk beli tiket tu
sbb ape?
sebab nk ke stadium utk memberi semangat dan sokongan buat skuad bola sepak kebangsaan yg akn beraksi menentang Hong Kong pd jam 830 mlm hari yg sama
kelas aku jam 130 smpai la 430 ptg
dlm kpala duk kalut pikir..sempat ke aku nk kejar bus ni?
alhamdulillah..rezeki aku murah pd hari tu..dan aku sempat naik bus walaupun lewat 5 minit
kawan2 aku yg lain (dak2 Ultras Taming Sari) dah pun btolak ke shah alam tlebih dahulu
meninggalkan aku yg terikat dgn kelas
tp x kesah..aku masih mmpu bgerak ke sana sdirian
jd kene tggl ngan diorg tu bkn alasan utk aku tidak hadir ke SSA
so bgerak la aku ke shah alam seorg diri
smpai di sana hampir2 jam 7
bjaya mintak tlg kawan aku (student TESL UiTM Shah Alam) utk hantar aku ke stadium
menjejakkan kaki di perkarangan stadium hampir jam 730
bkumpul bsama UTS & UM & ahli2 sub-ultras yg lain sebelum bgerak masuk ke stadium
dpt je tempat..maka bermulalah chants kami utk menyuntik semangat para pemain
walaupun time tu diorg x masuk padang lagi..tp kami tetap menyanyi utk mereka
penat naik bus blom ilang lagi ni..tp bile dpt bsama2 mereka2 yg sehati dan sejiwa dgnku ini
kepenatan langsung x dirasai
tumpuan diberikan kepada capo/leader ultras yg mengepalai sorakan..bukan kpada perlawanan
alhamdulillah..sorakan kami sedikit sebanyak memberi semangat buat anak2 buah K.Rajagobal
Malaysia menang lagi..kali ni dgn pasukan yg pernah beberapa kali menewaskan kita
menang 2-0!! (jaingan oleh Safiq Rahim & Amirulhadi Zainal)
gembira bukan kepalang lagi aku dan rakan2 walaupun ini cuma friendly match
gembira bkn hanya disebabkn kemenangan pasukan kebangsaan..tp juga gembira dgn peningkatan mutu permainan mereka
insyaAllah..diharapkan kegembiraan ini akan berterusan sehingga Malaysia kembali menjadi kuasa besar bola sepak Asia..seperti dahulu
yg penting..aku akan tetap bdiri di belakang mereka..menyumbangkn keringat dan suara setakat yg termampu

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!

btolak pulang ke melaka selepas perlawanan dan tiba hampir jam 4 pagi
penat?sangat penat..tp tidurku masih dalam senyum..

 
* World of a True Blue - Template: Blogger Sablonlari