2 hari lpas aku pulang ke kampung halamanku (kelantan) bersama-sama sahabat-sahabat dari ultraSel..bertolak dari Shah Alam jam 1.15 pagi dan tiba di Kota Bharu pada jam 10 pagi..tujuan hanya satu..untuk menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat dan pemerhati bola sepak tempatan..perlawanan antara TRW menentang Red Giant..tp entri ini bukan untuk mengulas berkenaan perlawanan tersebut yang berkesudahan berpihak kepada tuan rumah (kelantan 1-0 Selangor)..tapi apa yg aku ingin coretkan di sini ialah berkenaan semangat..pertama sekali..aku ingin menzahirkan rasa kagum aku terhadap sekumpulan penyokong selangor yg menggelarkan diri mereka ultraSel ini..mereka bersusah payah dtg ke bumi kelantan semata-mata untuk menyokong pasukan mereka..berhabis wang ringgit demi negeri tercinta..aku juga kagum dengan keberanian mereka utk bersorak memberi sokongan terhadap pasukan mereka walaupun dikelilingi puluhan ribu penyokong tuan rumah..mereka menaha segala cacian dan balingan dengan senyuman..mereka tidak henti menyanyi dan bersorak demi Selangor..kemudian kekagumanku terarah kepada kumpulan penyokong pasukan tuan rumah yang digelar Ultras Kelantan-The Red Mania (UKTRM)..walaupun mereka tidak seakrab mana dengan ultraSel..tapi mereka sedaya upaya cuba membantu tetamu mereka..mereka cuba melindungi sahabat-sahabat seperjuangan dari terkena balingan air dan objek-objek lain (walaupun cubaan mereka agak tidak berhasil)..cukup kagum dengan semangat kedua-dua belah pihak yang cuba membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sukan mampu menyatukan rakyat yg berbeza latar belakang..serahkan tugas 'bertempur' kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang..tidak perlu kita sebagai penyokong bertindak diluar akal dan bergaduh sesama sendiri..diharapkan semoga apa yang terjadi diambil iktibar dan semoga perubahan akan terus berlaku..demi masa depan bola sepak negara sendiri..insyaAllah..
KAEDAH MERANCANG KELUARGA. MANA SATU PILIHAN ANDA?
10 years ago