Sunday, July 7, 2013

Wasted~

It's already Monday night.
Wasted my weekend doing nothing.
Missing my friends.
Demmit!



Saturday, June 29, 2013

Selamat Jalan SAHABAT~

Disember 2005. Tidak ku ingat tarikh yang tepat, aku mendaftarkan diri di UiTM Lendu. Dunia baru yang tersangat asing, ditambah pula aku keseorangan. Tanpa seorang kenalan pun. Minggu Mesra Siswa (kini dikenali sebagai Minggu Destini Siswa) ku harungi seorang diri. Pada tempoh ini, aku mulai mengenal engkau. Engkau begitu galak bersama teman-teman yang baru engkau kenali, sedangkan aku cuma mampu memandang dek kerana aku ini seorang yang kurang pandai membuat kawan. Tapi itu tidak menghalang aku untuk mula mengenal engkau. Persamaan asal usul kita membuatkan kejanggalan hilang dengan cepat tanpa kita sedari. Engkau dan aku diletakkan di dalam kelas yang sama, kolej yang sama, membuatkan hampir setiap masa yang ada dilalui bersama di bumi Lendu ini. 3 semester engkau bersamaku. Bukan tempoh yang sekejap.

Usai tempoh pengajian di Lendu, aku dan engkau dihantar ke Kampus Bandaraya Melaka bagi meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah, kerana kali ini, aku bukan di bumi asing dan engkau ada bersama. Jadi, aku tidak keseorangan. 4 tahun seterusnya kita lalui dengan pelbagai kenangan. Walaupun banyak yang manis, tetapi terselit juga kenangan buruk. Kita ke sana ke mari menjelajah bumi Melaka, menambah kenalan. Biar kenalanku makin bertambah, namun tetap engkau yang dicari hampir setiap masa. Aku selesa begitu. 5 setengah tahun kita habiskan masa untuk mendapat segulung ijazah. Lama.

Berkat usaha, pengajian engkau dan aku berjaya dihabiskan. Ku sangka, mungkin kita akan terpisah membawa haluan masing-masing selepas itu. Namun, tuhan masih mengizinkan aku untuk bersama sahabatku. Kita berjaya mendapat pekerjaan di daerah yang sama. Rumah engkau dan aku hanya bersebelahan. Aku tahu aku tidak akan mati kebosanan bila engkau ada. Walaupun tempat kita bekerja tidak sama, namun kita mempunyai tugas yang sama. Mendidik. Selepas lebih 2 tahun di Alor Gajah, aku mendapat perkhabaran bahawa engkau mungkin akan meninggalkan Melaka. Saat itu, aku tidak berasa apa-apa. Mungkin kerana apa yang dikatakan itu belum menjadi kenyataan. Jadi, aku hanya endah tak endah.

Namun, ternyata apa yang diperkatakan oleh engkau menjadi kenyataan. Aku dikejutkan dengan berita yang engkau bakal meninggalkan Melaka minggu ini. Terkejut. Sedih. Itu apa yang aku rasa. Namun, aku cuba untuk menyembunyikan perasaan aku, kerana aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan engkau. Hati mula risau. Otak mula bimbang mengenangkan hari-hari yang akan aku lalui tanpa engkau. Bosan. SUNYI. Itu sudah pasti. Namun aku tetap mengukirkan senyuman di hadapan engkau kerana tidak mahu dianggap terlalu emosional.

28 Jun 2013. Selepas hampir 8 tahun bersama, berkongsi suka duka, susah senang bersama, engkau tiada lagi bersama aku di sini. Tiada ucapan selamat tinggal yang engkau ucapkan kepadaku sebelum engkau berangkat pulang ke negeri kita. Terkilan? Tersinggung? Sedikit. Namun aku tahu mungkin ini jalan terbaik untuk aku mengelak dari menunjukkan kesedihanku.

Kini tiada lagi insan yang mempunyai citarasa yang hampir sama denganku dalam hampir kesemua perkara. Bola. Wayang. Makanan. Filem. Lagu. Melihat bilikmu yang kosong membuatkan hati bertambah sunyi. TERIMA KASIH SAHABAT atas segalanya. Masih banyak hutang budi yang masih belum ku lunaskan. Selamat berjaya di tempat baru. TERIMA KASIH. Masih banyak yang ingin ku tuliskan di sini, tetapi aku tahu, perkataan tidak cukup untuk menggambarkan perasaan yang aku alami sekrang. Mungkin kerana aku dan engkau adalah lelaki, jadi hal-hal sebegini membuatkan aku terasa sedikit janggal. Tapi, aku tuliskan juga nukilan inidengan harapan engkau juga merasakan yang sama. Selamat jalan.

P/S: Aku tahu post ini bunyinya agak homo. Abaikan kerana aku bukan homo. Kahkah!

Thursday, June 13, 2013

Hoping for the IMPOSSIBLE

I wish I have the power to stop the time from ticking away.
To grow old is something that scares me.
To lose all the fun that I'm enjoying now is something that I wish will never happen.
But who am I to stop the God's work?
I guess the only thing that I can do now is to just keep on breathing and spread happiness to those who are around me.
Thank you God for giving me the opportunity to be in this world.
I'm truly grateful to have all these beautiful friends around me.
They are the ones who keep providing me with support to go through all my hardships.
Thank you for giving them to me.

Monday, October 8, 2012

Few Hours of FUN~

Just now I went out for lunch with 5 students of mine (1 does not come from the class that I teach). Had a great few hours with them. Went to Nasi Ayam Sungai Udang, before going to Klebang for coconut shake. Didn't talk that much, cuz they were busy laughing at me. Kejam! Thanks kids! Love you all. But I love her more. Eh? Hahahah!

Busy ngadapTwitter smua nih :D

Konon je takut camera. Padahal smua hantu camera :p (Cheya, Eiqa, & Shiera)

Sha & Maira :)

 
* World of a True Blue - Template: Blogger Sablonlari